Usia ke 21 tahun, mungkin itu adalah usia yang sesuai bagi sesetengah orang untuk mendapatkan apa yang dikatakan kebebasan mutlak. Usia itu juga,remaja merasakan mereka boleh melakukan pelbagai perkara yang mereka impikan. Saya sendiri tidaklah begitu sempurna untuk mengubah pandangan pandangan negatif sesetengah pihak. Nilai - nilai kemanusiaan juga semakin terhakis seiring dengan peredaran waktu. Saya sendiri merasa terkejut dengan perubahan itu,seolah olah saya tidak percaya saya telah memasuki dunia dewasa. Salah satu perkara yang ketara ialah, pada usia ini,semuanya melibatkan kita untuk membuat keputusan. Selain itu, kita juga dibayangi dengan perasaan takut dan tidak yakin dengan keputusan yang dibuat.
Peringkat perubahan dari usia remaja ke awal dewasa sememangnya sukar. Saya teringat dengan satu baris ayat novel yang pernah saya baca,keimanan hanya "senipis kulit bawang". Perkara yang saya fahami di sini ialah, walau setinggi mana pun pendidikan seseorang itu,jika dia tidak memiliki etika yang baik,maka dia akan gagal berhadapan dengan dunia realiti. Saat ini, kita mungkin mahasiswa atau mahasisiwi di institusi pengajian tinggi,tapi jika difikirkan kembali cukupkah ilmu itu menyediakan kita untuk beradaptasi dengan realiti apabila kita telah menjadi graduan kelak?
Saya sering tertanya dalam hati,adakah saya mampu bersaing dengan individu lain atau adakah pada akhirnya nanti jalan kehidupan itu tidak memihak seperti mana yang saya mahukan. Lantas,dari itu saya mula memikirkan sikap saya yang terdahulu. Adakah dahulu saya sememangnya serius dan mementingkan perlakuan baik dalam diri? Mungkin perkara yang saya lakukan hanyalah sebahagian daripadanya kerana saya sedar saya bukanlah "angel of godness". Saya tidak sesempurna itu. Lantaran dari itu,saya membesar dengan perasaan rendah diri,kurang keyakinan diri dan selalu merasa terasing. Dari situ,saya melakukan penyamaran diri, di sebalik rasa rendah diri,saya selalu berpura pura periang dan ceria. di sebalik rasa kurang keyakinan diri saya selalu bersikap serba tahu.
Namun pada tahap ini, saya sudah merasa penat. Perasaan rendah diri dan kurang keyakinan diri ingin saya buang jauh dalam hidup. Perasaan itu langsung tidak membantu saya untuk berjaya dalam hidup kerana saya terinspirasi dengan 1 kisah yang mungkin boleh memberi inspirasi pada anda.
"My mom only had one eye"
Seorang budak berasa malu dengan ibunya yang hanya mempunyai penglihatan sebelah mata.Kesannya,dia merasa rendah diri dan tidak yakin untuk berhadapan dengan rakannya yang lain. Ibunya bekerja di sekolah tempat dia belajar. Setiap hari dia akan diejek oleh rakannya kerana mempunyai ibu yang memiliki penglihatan sebelah mata sahaja. Dia merasa sangat terhina dan malu.
Mulai saat itu,dia membenci ibunya dan berharap agar ibunya mati daripada dia dihina sedemikian. Kebenciannya berlarutan sehinggalah dia berkahwin. Dia meninggalkan ibunya dan membiarkan dia hidup seorang diri. Satu saat ibunya berkunjung ke rumah untuk melawat anaknya tetapi cucunya ketakutan melihat nenek mereka. Maka, anaknya menghalau ibunya dari situ. Namun si ibu tetap tidak merasa sakit hati sebaliknya menuruti segala arahan si anak. Suatu hari, jamuan diadakan di sekolah lamanya untuk meraikan bekas pelajar di situ . Anaknya turut mengikuti jamuan itu,namun dia tidak berhasrat untuk berjumpa dengan ibunya. Namun dia kembali juga ke rumah lama mereka untuk melihat sama ada ibunya masih hidup atau pun tidak, Di situ, dia ditinggalkan dengan sepucuk surat dari ibun
" Anak ku,saat kau lahir adalah perkara yang menggembirakan bagi ibumu. Melihat kau membesar adalah satu kebahagian bagi ku. Namun apabila kau terlibat dengan satu kemalangan yang membutakan salah satu mata mu, maka aku rela menggantikan mata ku untuk mu. Aku sanggup berkorban hanya untuk melihat kau memiliki kedua dua mata itu............."
" Anak ku,saat kau lahir adalah perkara yang menggembirakan bagi ibumu. Melihat kau membesar adalah satu kebahagian bagi ku. Namun apabila kau terlibat dengan satu kemalangan yang membutakan salah satu mata mu, maka aku rela menggantikan mata ku untuk mu. Aku sanggup berkorban hanya untuk melihat kau memiliki kedua dua mata itu............."
* Mungkin ada di antara kamu yang merasakan cerita ini tidak begitu menyentuh perasaan kamu,tetapi dalam hidup saya, cerita ini membawa begitu banyak makna. Ibu bapa ku tidaklah berkorban sedemikian rupa,tetapi mereka adalah insan yang paling banyak membantu ku ketika aku kesusahan. Keletihan,kesakitan,kelelahan mereka membesarkan aku,membuatkan ku rasa bersalah untuk menyakiti hati mereka. AKU TIDAK INGIN MENYAKITI HATI MEREKA, kerana aku sangat menyayangi mereka.
SAYAU APA NGAU MAK Q :)

.jpg)




.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)